Soalan Lazim
Soalan-soalan yang sering ditanya mengenai ArRahnukita
ArRahnukita mengunakan konsep Ar-Rahn (bagi tujuan gadaian) dan tawarruq (bagi tujuan pembiayaan dan pengambilan keuntungan. Berbeza dengan sistem gadaian yang mengamalkan konsep konvensional berteraskan pinjaman dan mengenakan faedah atas pinjaman yang diberikan dengan caj faedah (interest) tertentu dikenakan pada setiap bulan bagi pinjaman yang diberikan.
Produk yang ditawarkan oleh ArRahnukita adalah :
- ArRahnukita AWAM
- ArRahnukita ANGGOTA
- ArRahnukita PRESTIJ
- Syarat kelayakan terbuka kepada warganegara & bukan warganegara. (bagi bukan warganegara perlu mempunyai passport yang sah).
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas.
- Mempunyai barang kemas dari mutu 18karat hingga 24karat.
- Waras dan tidak berada di bawah pengaruh dadah & alkohol.
- Tempoh yang diberikan adalah 6+6+6 (18 bulan).
- Jika telah melebihi tempoh 6 bulan pelanggan mestilah membayar caj kadar keuntungan begi menggelakkan barang gadaian daripada dilelong.
- Barang kemas atau bar emas akan diuji bagi menentukan mutu emas dengan mengunakan peralatan pengujian yang terdapat di premis ArRahnukita.
- Barang kemas atau bar emas akan ditimbang bagi menentukan berat emas tersebut.
- Mengisi dokumen yang berkaitan.
- Pelanggan perlu membawa Surat Akuan Gadaian (SAG) dan kad pengenalan atau passport (bagi bukan warganegara).
- Perlu menjelaskan bayaran pembiayaan + cas kadar keuntungan yang dikenakan mengikut tempoh gadaian.
- Pelanggan boleh menjelaskan bayaran secara ansuran atau sekaligus sebelum tempoh matang.
- Pelanggan perlu ke premis cawangan ArRahnukita bagi mendapatkan Salinan Surat Akuan Gadaian (SAG) dan membayar denda kehilangan atau kerosakan.
- Pelanggan perlu mendapatkan Cop Pesuruhjaya Sumpah pada Salinan Surat Akuan Gadaian (SAG).